REVIEW ROTTW 148
JUST SCREAM VOL. 2
Kali ini pengikut-pengikut scene hardcore Malaysia berasa bangga kerana review ini adalah mengenai gig hardcore yang bertempat di One Cafe bertarikh 9 May 2009 yang jatuh pada hari sabtu. Ya, sekali lagi di One Cafe. Kadang-kadang terasa bosan juga. Yalah tempat sama sahaja. Tapi band yang perform hari itu memang power. Tak kisahlah tempat sama atau tidak. Nama gig yang telah kami review adalah Just Scream Vol. 2.JUST SCREAM VOL. 2
Gig yang sepatutnya start pada pukul 1ditukar pada pukul 2.30 hanya kerana disebabkan janji-janji melayu ketika zaman moden ini. Band-band yang perform pada hari itu sebanyak 16 band yang mantap-mantap. Band yang perform pada hari itu adalah Massacre By Fall, Tragic Of Hermia, Lisa's Diary, Unexpected Mercy, I Kill Your Boyfriend, This Sunday, Ballad For Layla, 66 Roads, Or The Golden Handshake, Regime, Daarchlea, Daisy Duke, Tears Memories, Kiss The Fallen, Ana Four Craig, dan Honey In Veins.
Setelah gig bermula, opening band pada hari itu ialah Honey In Veins. Tapi opening memang happening la sebab walaupun tak ramai crowd sangat time tu, sound yang digunakan agak memuaskan hati. Setelah opening band mendendangkan 2 buah lagu, makin bertambah crowd yang datang. So makin lama makin meriah la.
Tercari-cari juga mana dia budak moshers ni. Selalunya jika gig hardcore confirm ada moshing iaitu Hardcore Dancing yang selalu dipraktikkan oleh budak-budak hardcore. Rupa-rupanya mereka belum datang lagi yang juga tergolong di dalam crowd. Selepas itu, jika tak silap semasa band ketiga perform, hadapan pentas
sudahpun sarat dengan moshers. Satu keajaiban telah berlaku, selalunya kalau di One Cafe mesti crowd bersenang-lenang di 'sofa merah empuk'. Kali ini tanggapan kami meleset. Masing-masing ingin 'bersenam robik' bersama! Baguslah begitu. Menjaga kesihatan.
Sound yang digunakan di One Cafe memang terbaik. Kalau anda berada di One Cafe anda juga pasti berpuas hati dengan sound yang digunakan, cuma terpulang pada band-band yang perform pada hari itu sama ada menjadikan sound mereka lebih gempak atau tidak. Dalam banyak-banyak band yang perform, terdapat beberapa band yang aku rasa mereka membawa sound yang terbaik. Band yang aku rasa terbaik seperti Ana Four Craig, Or The Golden Handshake, Kiss The Fallen, Daarchlea, Regime dan banyak lagi.
Performance terakhir pada gig itu ialah Regime yang menampilkan vocalist wanita. Wow, memang menakjubkan! Screamingnya macam suara lelaki, tetapi rupa-rupanya perempuan yang scream. Memang menakjubkan.
Solute pada mereka yang berjaya menggegarkan stage di One Cafe itu. Mereka telah membuktikan muzik hardcore boleh pergi jauh. Aku berbangga degan negara kita mempunyai band hardcore yang setanding dengan band hardcore luar. Kami harap hardcore scene di Malaysia dapat diterima oleh seluruh masyarakat
seperti di negara luar. Sekian.
Taken from ROTTW magazine v.148
waaa my bf buat review neh.
ReplyDeletehahha.
cool ;D
bf u? whoo?
ReplyDeleteshort name jb.
ReplyDeletekerja d rottw.
hee;D
tapi yg buat review pasal ni ekstravaganza@ejal. hee :)
ReplyDeletehaa itu memb die sy kenal.
ReplyDeleteahahaha
;D
haha waa blhla dtg gig i lain kali ;p
ReplyDelete